Boleh lah sapa-sapa yang lawat blog aku ni...discover what is the math is all about lepas tu boleh tunjuk ajaq kat anak atau kat wife..eeeheee..
Darab 4
1. Contoh: 4 x 7.
2. Gandakan angka 7 iaitu 14 dan gandakan sekali lagi angka 14 tersebut iaitu 28. Maka jawapan kepada 4 x 7 = 28
Darab 9
1. Keluarkan sepuluh jari di hadapan anda. Bermula dari jari kiri setiap jari tersebut mewakili setiap nombor. Jari nombor 1 adalah 9 x 1, Jari ke-2 adalah 9 x 2 dan seterusnya.
2. Contoh: 9 x 3 = Bengkokan jari anda yang ke-3.
3. Jawapannya adalah - Jumlahkan jari sebelum yang dibengkokkan sebagai 'PULUH' dan selepas jari yang dibengkokkan adalah 'SA' iaitu 27.
4. Teknik ini hanya boleh digunakan sehingga 9 x 10 sahaja...selamat mencuba.
Darab 11
1. Hanya untuk sifir 2 digit sahaja. Contohnya 11 x 98.
2. Penyelesaiannya - catatkan nombor 9 dan 8 dimana ditengah kedua nombor tersebut dikosongkan seperti ini 9 _ 8.
3. Angka 9 dan 8 ditambah keduanya iaitu 17. Masukkan ditengah antara nombor tersebut.
4. Oleh kerana 17 terdapat dua nombor maka nombor tujuh diletakan ditengah-tengah anta 9 _8 menjadi 978
5. Nombor 1 di angka 17 itu dicampurkan dengan 9 dihadapannya menjadi 10.
6. Jumlahnya bersamaan 1078
Fakta Menarik
Fakta 1. 123456789 x 9 + 10 = 1111111111
Fakta 2. 111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Fakta 3. <1><2><3><4><5>+<1><2><3> = <1><2><3><4><5><6<7><8>