Thursday, November 5, 2015
Alam Ilmi: Tok Jelapang (Syeikh Wan Ahmad)
Sunday, November 1, 2015
Haze - An Image From The Web
HAZE - An images that I collected from a web. The most interesting fact you can found on satellite images is how the wind spread the haze from Sumatra to neighboring country like Malaysia and Singapore.
My Youngest Son's Birthday
Hari ni pula adalah tarikh 1 November 2015 merupakan hari lahir yang Ke-8 anak bongsu saya Wan Muhammad Hawwari. Semenjak seminggu lalu beliau asyik mengira setiap hari dan menyenaraikan perkara yang bakal dilakukan pada hari ini. Walaupun umurnya baru 8 tahun, saya tetap menyuruhnya menyenaraikan aktiviti untuk hari ini.
Antaranya:
1. Makan di Subway - kami tukar kepada makan di kedai makanan arab Qasar Bilqis Medan Idaman Gombak.
2. Menonton filem di pejabat saya - Flash, Goosebump dan Fast & Furious 7.
3. Makan kek - Beli di Secret Recipe dan makan di food court Giant Hypermarket Sri Gombak.
4. Mandi di Waterworld- Kami tukar kepada mandi bersama-sama di rumah.
5. Main Bowling - kami tangguh pada minggu depan.
Walaupun agak sederhana, namun kelihatan beliau amat berpuashati kerana setiap perkara yang beliau ingin lakukan pada hari ini tercapai.
Tuesday, October 27, 2015
Anak Pemungut Sampah Menang Ratu Cantik
Monday, October 26, 2015
IPR - Medical Appointment.
Lately the air quality index was at a very serious level. Pada masa ni juga la saya banyak dengan kerja di tapak projek. Travel kesana dan kesini dengan motosikal untuk elak traffic jam. Saya rasa demam dan batuk yang dialami sepanjang minggu ni adalah berpunca daripada keadaan jerebu ni. Appointment pada hari ni adalah sebagai routine biasa selepas keluar wad tempohari. Doktor maklumkan kesihatan saya di tahap yang terbaik. Saya menerima prescription dan terus boleh balik.
Friday, October 23, 2015
My Eldest Son's Birthday
23 October 2016 adalah hari lahir anak sulung kami Wan Muhammad Hakim. Kini umur beliau dah mencecah 14 tahun. Kebiasaan keluarga kami akan menyambut harijadi dengan keluar makan mengikut kehendak "Birthday Boy". Kali ini kami keluar makan di RBB Wangsa Maju. Bersebelahan restoran mamak Shabistan. Hakim memilih untuk makan Nasi Goreng Ketam, Husna memilih Kueh Tiaw Goreng Udang, Hawwari pula memilih Nasi Ayam manakala saya suka yang ala kampung iaitu Nasi Eden.