Sunday, November 1, 2015

My Youngest Son's Birthday

Hari ni pula adalah tarikh 1 November 2015 merupakan hari lahir yang Ke-8 anak bongsu saya Wan Muhammad Hawwari. Semenjak seminggu lalu beliau asyik mengira setiap hari dan menyenaraikan perkara yang bakal dilakukan pada hari ini. Walaupun umurnya baru 8 tahun, saya tetap menyuruhnya menyenaraikan aktiviti untuk hari ini.

Antaranya:
1. Makan di Subway - kami tukar kepada makan di kedai makanan arab Qasar Bilqis Medan Idaman Gombak.
2. Menonton filem di pejabat saya - Flash, Goosebump dan Fast & Furious 7.
3. Makan kek - Beli di Secret Recipe dan makan di food court Giant Hypermarket Sri Gombak.
4. Mandi di Waterworld- Kami tukar kepada mandi bersama-sama di rumah.
5. Main Bowling - kami tangguh pada minggu depan.

Walaupun agak sederhana, namun kelihatan beliau amat berpuashati kerana setiap perkara yang beliau ingin lakukan pada hari ini tercapai.

No comments:

Post a Comment