Perancangan dibuat sehari sebelum.. Tempat pertama dituju selepas minum pagi di Medan Selera Taman Dato Senu adalah Kuala Lumpur Forest Eco Park. Setelah mengisi perut, kami bergerak terus ke Jaln Raja Chulan berbekalkan 2 botol air mineral. Saya difahamkan tempat tu free jer, tapi kena bayar kat apek yang jaga parking RM10. Aktiviti yg menarik adalah menyeberangi jambatan gantung dan taman botani. Berpeluh juga anak-anak mendaki dan menuruni tangga. Terdapat 5 menara tinjau yang menghubungkan atau divert jambatan gantung.
Daripada Taman Eco Park, kami terus ke Taman Tasik Titiwangsa. Bermain badminton, sepak bola dan menunggang motosikal elektrik...harga sewa RM30 untuk 30 minit.
Setelah penat beriadah di Taman Titiwangsa, kami bergerak pula ke Festival City berhampiran Danau Kota Setapak. Sampai saja terus menempah tiket wayang kat MBO untuk kami enam orang...habis la dalam RM120. Tiga orang nonton The Great Wall dan Tiga orang nonton Assassin Creed. Saya bersama isteri dan Hawwari menonton The Great Wall..
Balik daripada menonton wayang...lebih kurang jam 10 malam, kami semua decide nk makan nasi lemak dgn char kuey tiaw di gerai depan Petronas Jalan Gombak. Selesai makan terus balik rumah kerana kami semua amat keletihan...selesai..
No comments:
Post a Comment